Ribuan warga Sudan menyertai tunjuk perasaan di ibu negara, Khartoum pada Sabtu selepas sembilan terbunuh pada Khamis dalam siri protes menentang rampasan kuasa oleh tentera.<br /><br />Keadaan memaksa polis lengkap dengan kenderaan berperisai menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.